Saturday, January 14, 2012

Perancangan 2012; Rumah Kami

....Tahun 2012 telahpun menjelma; banyak cita2 dan harapan yang masih belum tercapai...


Keluarga kami besar; 9 adik beradik dan 2012 nih kalau masuk generasi kedua dalam 40 semuanya; dah boleh buat kenduri 10 dulang haha...


.........Dulu rumah kami nih memang besarlah mana tak nya kalau balik kampung 2/3 hari tak sempat ke rumah depan; Rumah kami nih terdiri dari 4 bahagian ;


a) Rumah Depan
b) Rumah Bujang
c) Rumah Tengah
d) Rumah Dapur


Pintu masuk ada 3; rumah depan, rumah tengah dan Rumah Dapur tidak termasuk Pintu belakang; 


Bilik pulak ada 4 saje; itu masa kami kecil2 lah; Bilik Bujang, Bilik Tengah ada 2 dan bilik di dapur; 


Selalunya bilik bujang untuk abg2 bujang tetapi setelah ada yang nak kahwin ia di 'convert' jadi bilik PENGANTIN; Bilik Tengah pula ada 2 ; ini untuk Atuk dan di sini saya tidur; sebelahnya bilik " BOSS" ; yg bilik di dapur adalah bilik yg baru di buat bila Emak menambah ruang dapur; Rumah ini merupakan hasil peninggalan orang tua; Oleh kerana Emak kami adalah satu2nya anak selain ada seorg emak saudara yang menetap di Singapura.


Walaupun kehidupan kami tidaklah semewah mana; tetapi disebabkan bapa seorg penjawat awam yg bergaji (tak lah sebesar mana dgn bekerja sebg JAGA di DID, Muar), Emak pula menjual kuih muih yang di hantar di kedai bagi menampung pendapatan untuk menyara kami sekeluarga;


Kami tetpa bersyukur dengan rezeki yg HALAL ini kami 9 beradik berjaya di besarkan dalam suasana yang cukup dengan seadanya; Sekolah sampai keperingkat tinggi; 4  daripada  kami adalah Profesional dan mempunyai kerjaya masing2 ; yang lain juga begitu; 


Berbalik kepada RUMAH yang kami sayangi ini; banyak wang ringgit yg kami telah curahkan utk menyelenggara rumah Usang ini; kerana bagi kami belum ada yang mengesahkan ingin duduk di sini; ada juga cadangan daripada kami tetapi ianya masih lagi tidak dapat di tentukan...


Baru2 nih satu pelan telah cuba dibuat dan belum dibentangkan di hadapan adik beradik yang lain; Oleh kerana telah byk rancangan yg cuba di buat tak berjaya jadi biarlah pelan cadangan ini di buat sampai satu peringkat yg nmpk lebih serius baru akan di bentangkan...


Untuk itu; satu usaha akan di buat untuk itu.... tunggu....


Semuga ianya berjaya di realisasikan...


INSYAALLAH.



Monday, September 13, 2010

Latest Rumah Muar 's condition

Pandangan dari hadapan..... rumput dah mula naik...

Dari Jalan Besar..nampak teruk betul..
Lagi..keadaan rumah.. 1 bulan lagi mungkin semak samun lagi panjang..

Sunday, August 1, 2010

Lagi Gambar-gambar rumah Muar








Lagi gambar-gambar rumah Muar....

Ni ..adalah pandangan dari pintu belakang...

Ha.ni pulak tmpat para mak..dulu mak letak..periuk2..mmg teruk rupanya..sebelah tu tandas..

Ini adalah dari bilik atas..bilik tengah dan bilik abg long..pokok limau bali mmg dah mati..
Lagi pandngan depan..

Pandangan dari pokok durian depan...

Tinggal kenangan..bawah rumah depan tu mmg ada busut ..

SEKIAN...

Keadaan Rumah Muar pada July, 14







Pada 14hb Julai, 2010...Uda, Adik dan Azah telah berkesempatan singgah dalam perjalanan balik KL di Kampung Parit Raja..singgah Rumah tempat lahir kami... Uda sempat merakamkan gambar-gambar keadaan usang rumah..

Ini adalah sebahagian dari Gambar-gambar yang sempat di ambil...


Ini Gambar Sisi Pandangan Rumah Abang Long..

Ini adalah bahagian Hadapan Rumah Abang Long.. keliling dan di bersihkan
Ini pandangan dari sisi rumah..pagar papan mmg byk yang dah patah... kalau tgk di bawah rumah..ada tiang-tiang kayu yang senget..

Ini bahagian sisi hadapan...tgh rumah tangga batu tu dah ada busut memanjat..

Ini adalah pandangan hadapan ...mmg dah bersih ..rumput dah pendek..pokok2 buluh dah tak de..pokok rambutan kiri kanan dan potong..depan pokok rambutanpun dah kena tebang..

Sekian...